Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, untuk mendesak intervensi AS dan beberapa negara Arab. Tujuannya, membebaskan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera rejim Zionis Israel.
Melalui video di Facebook, Anwar mengecam tindakan Israel yang menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza. “Tindakan kejam ini melanggar prinsip kemanusiaan,” katanya.
ADVERTISEMENT

SCROLL TO RESUME CONTENT
Anwar juga berkomunikasi dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Sore ini, beliau bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohammad Hassan, akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, serta beberapa pihak lain untuk memastikan pembebasan aktivis.
GSF, yang melibatkan lebih 500 aktivis dari 44 negara, berlayar ke Gaza untuk menunjukkan solidariti. Mereka berusaha memecahkan sekatan Israel dan mengirim bantuan kemanusiaan. “Aktivis ini hanya memperjuangkan kemanusiaan, membantu yang kelaparan dan sakit, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Penulis : Edin / David