Kota tinggi , Nusantara Media—
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar sukses membangkitkan semangat patriotisme di Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor. Sebagai bagian dari sambutan Bulan Kebangsaan 2025, acara ini menghidupkan suasana kemerdekaan di perkampungan terpencil ini.
Penduduk kampung menyambut konvoi dengan meriah, diiringi lagu-lagu patriotik. Kenderaan konvoi yang dihiasi Jalur Gemilang mengelilingi kampung, menarik perhatian warga. Warna-warni bendera nasional memeriahkan suasana.
ADVERTISEMENT

SCROLL TO RESUME CONTENT
Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, beramah mesra dengan warga kampung. Beliau menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada Tok Batin, Encik Ramli Nekmat, melalui kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang. Inisiatif ini memupuk rasa cinta negara, selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2025, *Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni*.
Pejabat Penerangan Daerah Kota Tinggi juga menggelar Program Jiwa@Komuniti Madani (Sembang Santai) di Bandar Penawar. Acara ini membagikan poster, risalah, dan informasi isu semasa untuk mendekatkan masyarakat dengan pemerintah. Aktiviti ini memperkuat kesedaran sivik dan hubungan antara agensi kerajaan dan komunit.
Setelah mengunjungi Sungai Layau, konvoi KMJG 2025 berakhir di Felda Semenchu. Acara ini tidak hanya mempromosikan patriotisme, tetapi juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyantuni masyarakat pedalaman.
Penulis : Awang Sukowati